MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Tuesday, December 22, 2009

mencari sinar mu.....(cerita)

      Kisah ini menggunakan teknik imbas kembali  tentang persahabatan tiga sekawan iaitu Firyal,Du Fei, dan Chandran yang sedang meningkat remaja tinggal di Kampung Sungai Yu.Firyal dan Firdaus merupakan pasangan adik beradik.Kehidupan Firyal dan Firdaus yang susah menjadikan mereka cekal dan tabah mengharungi kehidupan bergelar pelajar.Bapa Firyal dan Firdaus,Pak Hisyam telah lama meninggal dunia kerana di panah petir  dalam perjalanan pulang dari masjid ketika hujan ribut menggila.Sejak itu mereka Mak Zainab yang telah menjadi ketua keluarga setelah kematian suaminya.Amanat suaminya agar membesarkan kedua-dua anak mereka dengan didikan Islam dan nilai-nilai murni tidak dilupakan malah berjaya melaksanakan amanat dengan baik.Kedua-duanya membesar dan menjadi kebanggaan keluarga.                     “Kesempurnaan”  Firyal telah berjaya mencuri hati ketiga-tiga remaja lelaki iaitu Kamal,Du Fei dan Chandran.Ketiga-tiga mereka mempunyai citra kehidupan yang berbeza.Du Fei dan Chandran seusia  dan sekelas dengan Firyal di sekolah manakala Kamal yang sudah berhenti sekolah bekerja sebagai mekanik.               Du Fei  anak muda berbangsa Tiong Hua sudah lama tertarik dengan ajaran Islam ketika kali pertama mendengar Firyal mengalunkan beberapa potongan ayat suci Al-quraan semasa majlis tadarus Al -quraan berlangsung di sekolah.Di mula tertarik dengan keindahan  Islam.Dia mula membeli buku rujukan tentang Islam dan sembahyang. Peka terhadap masakan ibunya. Selain itu dia sering menjadikan rakan baiknya,Firyal dan Firdaus untuk mendalami selok belok agama Islam.Kerajinan beliau membuatkan dia juga pandai membaca dan menulis jawi.Akhirnya,hasratnya untuk memeluk agama islam ditentang hebat oleh kedua ibubapanya apabila rahsianya terbongkar setelah terlihat buku- buku agama di dalam bilik anaknya.            
      Chandran pula seorang anak pengembala lembu hidup dalam keluarga yang berpecah belah..Setiap hari dia terpaksa berhadapan dengan ibu bapanya sering berkelahi.Sikap panas baran bapanya yang sukar dikawal menyebabkan ibunya sering di pukul.Hati dan kehidupannya tidak tenang menyebabkan die mencari-cari agama yang boleh memberi ketenangan dalam hidupnya.Sikap luhur dan ketulusan firyal dalam mengambil berat tentang dirinya membuatkan dia jatuh hati kepada wanita itu.                                                      Kamal  anak kepada Tok imam Malik di kampung itu berhadapan dengan konflik dalam dirinya.Dia berhenti belajar dek kerana tidak berminat untuk meneruskan alam persekolahan dan bekerja sebagai mekanik di kampung itu.Dia terpengaruh dengan rakannya melakukan kegiatan sosial sebagai menambah pndapatan misalnya menjual dadah dan terjebak dengan sendiket pelacuran.Biarpun begitu,dia turut menjadikan Firyal sebagai wanita idaman dan akibat tidak dapat mengawal nafsu dan cintanya ditolak dia cuba mencabul kehormatan Firyal namun gagal apabila Firyal berjaya mlepaskan diri daripada kerakusan Kamal.                                                                                                                                                                  Kamal ditangkap polis atas tuduhan cubaan merogol,dada dan sendiket pelacuran dan menanti hukuman gantung sampai mati.Firyal,Du Fei dan Chandran menghadapi peperiksaan SPM dan mendapat keputusan cemerlang.Chandran dan Du fei tidak menyangka mereka telah menaruh hati  pada wanita yang sama.Firyal menyatakan bahawa dia tidak mahu persahabatan erat terjalin berantakan lantaran berkaitan dengan soal hati dan perasaan.Akhirnya mereka berjanji bahawa mereka bertiga akan berjumpa di bawah pohon jacaranda tujuh tahun kemudian.                                                                                                                   Tujuh tahun berlalu....Firyal menjadi seorang peguam yang berjaya dan bekerja di firma guaman nya sendiri.Adiknya juga,Firdaus berjaya menjadi seorang juruterbang.Du fei rupa-rupanya telah menganut agama islam sejak di universiti dan lebih dikenali sebagai Aiman Lee dan kini menjadi guru agama di skolah menengah.Ibu bapa Du fei akhirnya menerima keislamannya dan mereka juga mula berjinak-jinak dengan ajaran islam. Chandran juga telah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan wanita melayu dan dikurniakan seorang anak malah bekerja sebagai ahli perniagaan yang berjaya.Mereka bertemu di bawah pohon jacaranda seperti yang dijanjikan tujuh tahun yang lalu.Chandran telah berkahwin dan mempunyai anak.Mungkinkah cinta Firyal untuk Du Fei atau Aiman??                                                                                Watak utama :       Firyal- nama sebenarnya ialah Firyal Zulfa.Seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri idaman lelaki.Seorang yang berpegang teguh dengan agama islam dan adat resam.Sikap lemah lembut dan cantik menjadi kegilaan pemuda kampung.Tulus dan ikhlas dalam persahabatan .Dia tidak berputus asa membimbing rakan-rakannya mendalami Islam.Berjaya mndapat keputusan SPM dengan cemerlang dan melanjutkan pelajaran di University of Leeds United Kingdom dalam jurusan undang-undang.Dia juga mmpunyai syarikat sendiri.Dalam diam-diam menyimpan perasaan terhadap Du Fei atau nama islamnya Aiman Lee.                                                                                                                                                                                  Lee Du Fei-seorang pemuda berbangsa Cina dan merupakan anak kepada tauke kebun getah Lee Boon Seng.Jatuh cinta terhadap agama Islam setelah mendengar Firyal mengalunkan bacaan al-quraan disekolah.Seorang yang gigih mempelajari agama dan tulisan jawi.Mendapat tentangan hebat daripada keluarga  sehingga di pinggirkan oleh keluarga namun dia tidak penah merubah pendirian untuk memeluk agama Islam.Setelah mendapat keputusan SPM dengan cemerlang dia memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam media massa dan komunikasi teknologi di Misr University for Science    and Teknologi(MUST) di  Mesir dan akhirnya berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di sekolah menengah.Memendam perasaan terhadap Firyal selama tujuh tahun.                   
                                Chandran M.Kumar-seorang pemuda India merupakan anak pengembala lembu.Dia sering menjadi mangsa keadaan apabila ibu bapanya mengalami krisis rumah tangga.Jiwanya tidak penah tenteram dan hatinya meronta-ronta untuk mencari agama yang sebenar iaitu Islam.Sering dipukul oleh bapanya setelah bapanya mendera ibunya setiap kali mereka bertengkar.Jatuh hati pada Firyal dek kerana firyal sering mengambil berat tentang diri dan keluarganya.Akhirnya memeluk Islam ketika meneruskan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan Perniagaan dan menukar namanya kepada Mohamad Riduan Chandran M.K.Dia berkahwin dengan wanita berbangsa melayu,Nurain dan dikurniakan seorang anak Aisha Padma.                                                                                                                              Watak pembantu :                                                                                                                                          Firdaus-Merupakan adik lelaki Firyal.Seorang yang nakal dan sering menyakat ibu dan kakaknya.Dia juga sering membantu kakaknya membimbing Du Fei dan Chandran dalam agama Islam.Akhirnya dia berjaya menjadi seorang juruterbang.                                                                                                                              Kamal- Pemuda yang sudah lama mancintai Firyal sejak kecil.merupakan anak kepada tok imam Dolah.Dia berhenti sekolah dan bekerja sebagai mekanik.Melakukan kegiatan tidak bermoral untuk menambahkan hasil pendapatan yang lumayan.Cuba mencabul kehormatan  Firyal ketika pulang dari sekolah tetapi tidak berjaya.akhirnya di tangkap polis dan menghadapi tuduhan membunuh,dadah dan sendiket pelacuran. Akhirnya dihukum gantung sampai mati.                                                                                             Mak Zainab-ibu kepada Firyal dan Firdaus.Kematian suami Pak Hasyim ketika anak-anaknya masing-masing berusia tiga dan empat tahun.Gigih menyara kehidupan keluarganya dan berjaya mendidik anak-anaknya dengan ajaran Islam sehingga berjaya menjadi insan berguna.                                                 Muniandy M.Kumar-bapa Chandran.Seorang pengembala lembu.Desakan hidup membuatkan dia tertekan  dan menyebabkan dia sering memukul isteri dan anak-anaknya.

moon + star=???

Hening malam mencengkam tulang
tat kala dua hati bermadu kasih
berteman penyuluh alam
bergemerlapan menghiasi dada langit
jadi saksi dua hati sumpah setia sang kekasih
lidah kelu mengatur bicara
bunyi cengkerik dan unggas petah bicara
indah malam
berteman bulan dan bintang
ahhhh....
angin malam mengusik jiwa
malam itu
bulan seakan dipagari bintang
bulan ku ibarat sang dara
bintang ku ibarat sang uda
bulan menantikan bintangnya
bintang???
yang jadi pelindung
yang jadi penawar duka lara
adakah hilang seri bulan tanpa bintangnya??
moon - star =???
adakah tambah seri bulan dengan bintangnya???
moon + star =???

p/s:Identifying something unidentified is harder than justifying the E=mc^2 equation.Emotion falls under that something

from :ique
inspired by :my star....reez