MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Tuesday, December 22, 2009

mencari sinar mu.....(cerita)

      Kisah ini menggunakan teknik imbas kembali  tentang persahabatan tiga sekawan iaitu Firyal,Du Fei, dan Chandran yang sedang meningkat remaja tinggal di Kampung Sungai Yu.Firyal dan Firdaus merupakan pasangan adik beradik.Kehidupan Firyal dan Firdaus yang susah menjadikan mereka cekal dan tabah mengharungi kehidupan bergelar pelajar.Bapa Firyal dan Firdaus,Pak Hisyam telah lama meninggal dunia kerana di panah petir  dalam perjalanan pulang dari masjid ketika hujan ribut menggila.Sejak itu mereka Mak Zainab yang telah menjadi ketua keluarga setelah kematian suaminya.Amanat suaminya agar membesarkan kedua-dua anak mereka dengan didikan Islam dan nilai-nilai murni tidak dilupakan malah berjaya melaksanakan amanat dengan baik.Kedua-duanya membesar dan menjadi kebanggaan keluarga.                     “Kesempurnaan”  Firyal telah berjaya mencuri hati ketiga-tiga remaja lelaki iaitu Kamal,Du Fei dan Chandran.Ketiga-tiga mereka mempunyai citra kehidupan yang berbeza.Du Fei dan Chandran seusia  dan sekelas dengan Firyal di sekolah manakala Kamal yang sudah berhenti sekolah bekerja sebagai mekanik.               Du Fei  anak muda berbangsa Tiong Hua sudah lama tertarik dengan ajaran Islam ketika kali pertama mendengar Firyal mengalunkan beberapa potongan ayat suci Al-quraan semasa majlis tadarus Al -quraan berlangsung di sekolah.Di mula tertarik dengan keindahan  Islam.Dia mula membeli buku rujukan tentang Islam dan sembahyang. Peka terhadap masakan ibunya. Selain itu dia sering menjadikan rakan baiknya,Firyal dan Firdaus untuk mendalami selok belok agama Islam.Kerajinan beliau membuatkan dia juga pandai membaca dan menulis jawi.Akhirnya,hasratnya untuk memeluk agama islam ditentang hebat oleh kedua ibubapanya apabila rahsianya terbongkar setelah terlihat buku- buku agama di dalam bilik anaknya.            
      Chandran pula seorang anak pengembala lembu hidup dalam keluarga yang berpecah belah..Setiap hari dia terpaksa berhadapan dengan ibu bapanya sering berkelahi.Sikap panas baran bapanya yang sukar dikawal menyebabkan ibunya sering di pukul.Hati dan kehidupannya tidak tenang menyebabkan die mencari-cari agama yang boleh memberi ketenangan dalam hidupnya.Sikap luhur dan ketulusan firyal dalam mengambil berat tentang dirinya membuatkan dia jatuh hati kepada wanita itu.                                                      Kamal  anak kepada Tok imam Malik di kampung itu berhadapan dengan konflik dalam dirinya.Dia berhenti belajar dek kerana tidak berminat untuk meneruskan alam persekolahan dan bekerja sebagai mekanik di kampung itu.Dia terpengaruh dengan rakannya melakukan kegiatan sosial sebagai menambah pndapatan misalnya menjual dadah dan terjebak dengan sendiket pelacuran.Biarpun begitu,dia turut menjadikan Firyal sebagai wanita idaman dan akibat tidak dapat mengawal nafsu dan cintanya ditolak dia cuba mencabul kehormatan Firyal namun gagal apabila Firyal berjaya mlepaskan diri daripada kerakusan Kamal.                                                                                                                                                                  Kamal ditangkap polis atas tuduhan cubaan merogol,dada dan sendiket pelacuran dan menanti hukuman gantung sampai mati.Firyal,Du Fei dan Chandran menghadapi peperiksaan SPM dan mendapat keputusan cemerlang.Chandran dan Du fei tidak menyangka mereka telah menaruh hati  pada wanita yang sama.Firyal menyatakan bahawa dia tidak mahu persahabatan erat terjalin berantakan lantaran berkaitan dengan soal hati dan perasaan.Akhirnya mereka berjanji bahawa mereka bertiga akan berjumpa di bawah pohon jacaranda tujuh tahun kemudian.                                                                                                                   Tujuh tahun berlalu....Firyal menjadi seorang peguam yang berjaya dan bekerja di firma guaman nya sendiri.Adiknya juga,Firdaus berjaya menjadi seorang juruterbang.Du fei rupa-rupanya telah menganut agama islam sejak di universiti dan lebih dikenali sebagai Aiman Lee dan kini menjadi guru agama di skolah menengah.Ibu bapa Du fei akhirnya menerima keislamannya dan mereka juga mula berjinak-jinak dengan ajaran islam. Chandran juga telah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan wanita melayu dan dikurniakan seorang anak malah bekerja sebagai ahli perniagaan yang berjaya.Mereka bertemu di bawah pohon jacaranda seperti yang dijanjikan tujuh tahun yang lalu.Chandran telah berkahwin dan mempunyai anak.Mungkinkah cinta Firyal untuk Du Fei atau Aiman??                                                                                Watak utama :       Firyal- nama sebenarnya ialah Firyal Zulfa.Seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri idaman lelaki.Seorang yang berpegang teguh dengan agama islam dan adat resam.Sikap lemah lembut dan cantik menjadi kegilaan pemuda kampung.Tulus dan ikhlas dalam persahabatan .Dia tidak berputus asa membimbing rakan-rakannya mendalami Islam.Berjaya mndapat keputusan SPM dengan cemerlang dan melanjutkan pelajaran di University of Leeds United Kingdom dalam jurusan undang-undang.Dia juga mmpunyai syarikat sendiri.Dalam diam-diam menyimpan perasaan terhadap Du Fei atau nama islamnya Aiman Lee.                                                                                                                                                                                  Lee Du Fei-seorang pemuda berbangsa Cina dan merupakan anak kepada tauke kebun getah Lee Boon Seng.Jatuh cinta terhadap agama Islam setelah mendengar Firyal mengalunkan bacaan al-quraan disekolah.Seorang yang gigih mempelajari agama dan tulisan jawi.Mendapat tentangan hebat daripada keluarga  sehingga di pinggirkan oleh keluarga namun dia tidak penah merubah pendirian untuk memeluk agama Islam.Setelah mendapat keputusan SPM dengan cemerlang dia memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam media massa dan komunikasi teknologi di Misr University for Science    and Teknologi(MUST) di  Mesir dan akhirnya berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di sekolah menengah.Memendam perasaan terhadap Firyal selama tujuh tahun.                   
                                Chandran M.Kumar-seorang pemuda India merupakan anak pengembala lembu.Dia sering menjadi mangsa keadaan apabila ibu bapanya mengalami krisis rumah tangga.Jiwanya tidak penah tenteram dan hatinya meronta-ronta untuk mencari agama yang sebenar iaitu Islam.Sering dipukul oleh bapanya setelah bapanya mendera ibunya setiap kali mereka bertengkar.Jatuh hati pada Firyal dek kerana firyal sering mengambil berat tentang diri dan keluarganya.Akhirnya memeluk Islam ketika meneruskan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan Perniagaan dan menukar namanya kepada Mohamad Riduan Chandran M.K.Dia berkahwin dengan wanita berbangsa melayu,Nurain dan dikurniakan seorang anak Aisha Padma.                                                                                                                              Watak pembantu :                                                                                                                                          Firdaus-Merupakan adik lelaki Firyal.Seorang yang nakal dan sering menyakat ibu dan kakaknya.Dia juga sering membantu kakaknya membimbing Du Fei dan Chandran dalam agama Islam.Akhirnya dia berjaya menjadi seorang juruterbang.                                                                                                                              Kamal- Pemuda yang sudah lama mancintai Firyal sejak kecil.merupakan anak kepada tok imam Dolah.Dia berhenti sekolah dan bekerja sebagai mekanik.Melakukan kegiatan tidak bermoral untuk menambahkan hasil pendapatan yang lumayan.Cuba mencabul kehormatan  Firyal ketika pulang dari sekolah tetapi tidak berjaya.akhirnya di tangkap polis dan menghadapi tuduhan membunuh,dadah dan sendiket pelacuran. Akhirnya dihukum gantung sampai mati.                                                                                             Mak Zainab-ibu kepada Firyal dan Firdaus.Kematian suami Pak Hasyim ketika anak-anaknya masing-masing berusia tiga dan empat tahun.Gigih menyara kehidupan keluarganya dan berjaya mendidik anak-anaknya dengan ajaran Islam sehingga berjaya menjadi insan berguna.                                                 Muniandy M.Kumar-bapa Chandran.Seorang pengembala lembu.Desakan hidup membuatkan dia tertekan  dan menyebabkan dia sering memukul isteri dan anak-anaknya.

moon + star=???

Hening malam mencengkam tulang
tat kala dua hati bermadu kasih
berteman penyuluh alam
bergemerlapan menghiasi dada langit
jadi saksi dua hati sumpah setia sang kekasih
lidah kelu mengatur bicara
bunyi cengkerik dan unggas petah bicara
indah malam
berteman bulan dan bintang
ahhhh....
angin malam mengusik jiwa
malam itu
bulan seakan dipagari bintang
bulan ku ibarat sang dara
bintang ku ibarat sang uda
bulan menantikan bintangnya
bintang???
yang jadi pelindung
yang jadi penawar duka lara
adakah hilang seri bulan tanpa bintangnya??
moon - star =???
adakah tambah seri bulan dengan bintangnya???
moon + star =???

p/s:Identifying something unidentified is harder than justifying the E=mc^2 equation.Emotion falls under that something

from :ique
inspired by :my star....reez
                                                                                                   

Tuesday, October 20, 2009

antara minat dan bidang dan kerjaya...

hye..spm tinggal 28 hari lagi...wah..terlalu pantas masa berlalu...kata guru kelasku,cikgu jalini..SPM merupakan tiket dunia..sijil dunia kita sampai mati...kadangkala orang yang ingin sambung master masih menggunakan keputusan SPM...saya sudah mencongak-congak..dan misi untuk mencapai 6 atau 7 A harus diteruskan...supaya aku dpt meneruskan pengajian ku ke maktab perguruan UPSI untuk menjadi guru...aku begitu mencintai subjek bahasa melayu,sejarah dan juga bahasa inggeris...kalau blh ingin saja aku memilih TESL atau kesusasteraan bahasa melayu untuk menjurus kearah bidang itu..huh??politik??lupakan saja....lihat saja kini..politik di malaysia bagaikan telur di hujung tanduk..aq juga mencintai bidang penullisan..harap aku juga dapat melanjutkan pelajaran dlm media komunikasi...dlm kewartawan...huh??ade talk show sendiri cam oprah winfery show??ahahaha..terlalu awal untuk diperkatakan..haha..mungkin aku juga boleh ambik seni persembahan dlm penulisan skip..yeah!!Tapi harap2 dpt jadi guru.br aku mengerti betapa susah menjadi seorang pendidik..demi menyumbang bakti kepada anak bangsa..aku mahu memajukan anak bangsaku sendiri....sentiasa aku berdoa...agar aku dapat mengecapinya.

Thursday, October 1, 2009


Kehidupan ini
 bak permainan catur
 kitalah yang menjadi perencananya
 dunia umpama papannya
 bergantung harap pada kita
 untuk menggerakkan
 bijak mengatur perancangan kita
 terang la..cerah la kehidupan ini
 tersilap mengatur langkah
 kelamlah hidup ini

 kesilapan lalu..jadikan pengalaman..sempadan
 pengajaran..jadikan panduan..tauladan
 harungi..atasi dengan kepintaran
 kematangan.
 janganlah kita alpa..cuai
 mengikut..terikut
 rentak permainan sang musuh
 yakinlah pada diri..dengan keputusan kita
 cekalkan hati atas risiko
 empayar kita bina
 empayar sebuah kehidupan yang
 tak lekang dek panas..
 tak lapuk dek hujan..
 dan.
 semestinya kejuaraan akan kita miliki

kutitipkan sebuah nukilan buat teman2 yang mengenali diri ini..


Suatu masa dulu..
kita pernah mewarnai dan menyinari sebuah
persahabatn ini..
usikan,gurau senda,gelak tawa..duka lara kita..
kongsi bersama.

teman..
pertemuan..perkenalan kita...
menjadi prolog cerita nan indah
dalam menempuh alam persekolahan
di situ..
kau menunjukkanku apa erti kejujuran..ketulusan serta keikhlasan..
dan..kau mengajarku erti persahabatan


kini..kumengerti
harga dan nilai sesebuah persahabatan
tidak boleh ditukar ganti...mahu pun dijual beli..
bukan nilainya sebutir intan permata..
bukan nilainya jua terletak pada wang ringgit.

jalinan persahabatan yang penuh bermakna
walaupun tidak setenang air di laut..
mahupun seriang rama-rama berterbangan
akan mencorakkan serta menghiasi sebuah kehidupan

teman..
kaulah teman seperjuangan
dan dikaulah..sang musuh lawan

teman
izinkanku menitipkan lafaz terima kasih
atas persahabatan yang kau dan aku jalinkan
bersama
pertemuan dan perpisahan ini
urusan dan atas kehendak ilahi
andai aku dijemput seruan ilahi
akan kubawa budi baikmu..sehingga nafasku terhenti..
atas

Anak GLobal


Kumenyususuri jalanan
terlihat insan duniawi berpeleseran
meredah kota metropolitan yang mulai pasang manusia
kini rancak membangun
tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan
menjadi kebanggaan dimata masyarakat
menjadi ikon di mata dunia

namun..seribu kali sayang..
pabila terlihat aku akan
pelbagai gaya menjadi taruhan
gothic.
lolita..
punk..
skinhead
alternative..
dan Emo
bagaikan mendapat tatapan gratis
di Kafe Dome..
Chinoz..
Gloria Jeans Coffee..
Starbucks Coffee dan San Francisco Steak House
malah didepanku
anak muda
persis umurku barang kali
tetapi berbeda sekali gaya zahirnya denganku.
anak muda
zaman mewah.

dari jauh sepertinya dia anak biasa
pakaiannya menyadarkan masa
ekonomi belum merunduk
didepan yang tesentak jatuh
dari dekat dia dihujani
nama dan warna duniawi
beg galas Sarator GM hitam memanjat Louis Viutton
cermin mata hitam dari kompeni Carlz Benz
berkemeja jalur biru muda
sut lengkap Tommy Hilfiger Navy Pinstrip 2B
dipadan pula dengan tali leher Black Strip Cotton Kit
logo Khaki Web dari Tommy Hilfiger
kaki dihiasi sepatu hitam 'Be Cool' Kenneth Cole
jam tangan yang menyembul Carera Tag Heure..
dan PDA keluaran terbaru.

Kucari diri Malaysianya
kucari diri melayunya..
tapi yang kulihat
kulit sesawo matang tanganku
hidingnya pesek
dan terbau petai dan belacan
yang menusuk hidungku
telah mengaburi wangian
Polo Double Black Ralph Lauren yang dipakainya

namun..bahasanya tak ku mengerti
dua patah melayu ditimbun berpuluh
kata Inggeris dicedok entah dari mana
barangkali dari majalah anak muda
aku tunduk mencari melayunya
yang mungkin terjatuh dijalanan
tapi yang ada cuma habuk sepatu
sampah dan kotoran yang mengelak penyapu

dikala dia beredar
aku mengeluh
segala perjuangan tulang empat kerat
peluh keringat
oleh ayahanda dan bondanya
diterjemah jadi material
konsumer unggul buana..